1. Home
  2. /
  3. Kad Personel Binaan
  4. /
  5. Renew CIDB Online

Renew CIDB Online

by | 23 Feb 2022

Pengenalan

Adalah diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan untuk berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew kad hijau CIDB anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara renew CIDB online.

Cara Renew CIDB Online

Langkah 1: Layari RenewCIDB

Layari laman web kami RenewCIDB dan di laman utama akan memaparkan dua pilihan iaitu “Kad Personel Binaan CIDB dan “Kontraktor CIDB”. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan “Kad Personel Binaan CIDB”.

Langkah 2 : Pilih jenis Permohonan

Seterusnya, pilih jenis permohonan. Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” dan “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” bagi pekerja asing.

Renew CIDB Online

Langkah 3 : Isi Maklumat Di Borang Permohonan

Setelah Klik pada butang Pekerja Tempatan, anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

Renew CIDB
Borang Renew CIDB

Langkah 4 : Bersetuju Dengan Terma & Syarat

Selepas mengisi kesemua maklumat anda, klik pada petak “Saya bersetuju dengan terma & syarat”

Langkah 5 : Buat Bayaran Renew CIDB Online

Anda boleh membuat bayaran renew CIDB kad hijau anda secara atas talian seperti yang tertera berikut. Sekiranya anda tidak mempunyai perbankan atas talian, anda boleh emelkan kepada emel bantuan@renewcidb.com atau hubungi/whatsapps kami pada talian 0189040059. Pihak renewCIDB akan bantu anda.

Renew CIDB

Langkah 6 : Terima Pas Sementara

Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.

Langkah 7 : Terima Kad Hijau CIDB

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak RenewCIDB akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Rumusan Renew CIDB Online

Senang bukan? Hanya dengan 7 langkah anda boleh renew kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web renewcidb dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Service Online Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Service Online Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Di sini kami kongsikan beberapa penyedia service online yang mungkin anda belum tahu: Pendaftaran & Pembaharuan Kad Hijau CIDB daftarcidb.com.my renewcidb.com myprobina.com kadhijau.my...

Kad Hijau CIDB

Kad Hijau CIDB

Pengenalan Kad hijau CIDB atau Kad Personel Binaan CIDB adalah akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dalam...

Lesen CIDB Atau Lesen Kontraktor

Lesen CIDB Atau Lesen Kontraktor

Apa Itu Lesen CIDB? Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor CIDB adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor...